KOTA KINABALU Fenomena laut merah yang kini melanda Sabah menyaksikan seorang lagi mangsa terkorban, menjadikan jumlah tiga kesemuanya setakat ini, dipercayai akibat memakan kerang dan lokan dibeli dari Pasar Malam Inanam, dekat mengesahkan kejadian itu, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata mangsa, 23, seorang wanita warganegara asing berasal dari Kampung Inanam Jaya itu sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah HWKKS di Likas pada kira-kira jam pagi semalam."Sampel kerang dan lokan itu telah dihantar ke Jabatan Perikanan Sabah untuk dianalisis dan keputusan masih belum diperolehi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Puteri Umno Malaysia di sini, hari berkata semalam sahaja, Jabatan Kesihatan Negeri menerima sebanyak 18 kes yang disyaki keracunan kerang daripada HWKKS manakala jumlah keseluruhan adalah 43 kes dengan 37 kes di daerah Kota Kinabalu dan enam kes di daerah berkata pada jam malam semalam, seramai 10 orang telah mendapat rawatan di HWKKS, enam di Hospital Queen Elizabeth HQE 2, dua di HQE 1, enam di Hospital Tuaran, tiga kes di Klinik Kesihatan Likas dan satu di bawah keadaan tidak bernafas.“Setakat ini seramai empat kes dimasukkan di wad HWKKS, dan tiga di HQE 2 untuk rawatan lanjut manakala 35 kes lagi menerima rawatan sebagai pesakit luar,” katanya sambil menyatakan kesemua kes berkaitan dengan memakan kupang yang dibeli dari Pasar Malam Inanam dan mengambil kupang di Teluk itu, Rosnah berkata poster dan hebahan awam mengenai keracunan makanan akibat air merah telah ditampal di Pasar Malam Inanam dan para peniaga dilarang menjual kerang pada masa itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak memakan atau mengumpul kesemua jenis kerang hidupan laut yang mempunyai cangkerang seperti kerang, siput dan juga ikan-ikan pesisir pantai.“Jika termakan dan mengalami tanda-tanda seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan,” kata Rosnah. - BERNAMA
Monday January 14, 2013. Fenomena kerang beracun di Laut SabahKOTA KINABALU Fenomena air merah atau red tide’ masih melanda di perairan Pantai Barat Sabah terutamanya kawasan perairan Papar, Putatan, Kuala Penyu, Sepanggar dan Tuaran. Ketua Cawangan Jaminan Kualiti Jabatan perikanan Sabah, Boniface Jintony berkata orang ramai perlu mengelakkan daripada mengambil makanan laut yang disahkan mempunyai toksin berlebihan seperti kerang, siput dan ikan-ikan kecil. “Setakat ini, kawasan perairan di Kuala Penyu dan Tuaran menunjukkan kandungan toksin yang agak tinggi dalam kerang-kerangan iaitu masing masing mencatat 4,420 dan 3,836 unit Mouse MU. “Keadaan ini dijangka akan berterusan sehingga Mac ini, namun ia adalah bergantung dengan keadaan cuaca,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo kelmarin. Justeru katanya, orang ramai dinasihat sentiasa mengikuti arahan dan amaran yang diberi pihak berkuasa ekoran fenomena air laut merah terbabit. “Pihak kita akan sentiasa melakukan pemantauan dan amaran akan dikeluarkan dari semasa ke semasa untuk keselamatan orang ramai,” katanya. Fenomena laut merah berpunca daripada kehadiran sejenis organisma satu sel yang dinamakan phytoplankton dinoflagellate di dalam air laut. Mereka yang memakan hidupan laut yang dicemari toksin berkenaan akan mengalami keracunan paralytic shellfish poisoning’ PSP dan jika tahap toksin yang tinggi boleh menyebabkan lumpuh atau kematian. Tahun lalu, kejadian laut merah telah telah mengorbankan dua mangsa berusia 14 dan 9 tahun yang dipercayai memakan kerang yang diperoleh dari kawasan perairan Sepanggar.
FenomenaLaut Di Sabah Bertukar Merah January 13, 2013 3162 0 DIKENALI sebagai Negeri Di Bawah Bayu disebabkan kedudukannya yang berada di luar zon ribut yang sering melanda utara perairannya, Sabah sememangnya sebuah negeri yang unik.
Read Time2 Minute, 43 Second KOTA KINABALU Jabatan Perikanan Sabah mengeluarkan Notis Amaran Air Pasang Merah Red Tide selepas penemuan alga air pasang merah di beberapa perairan pantai sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran. Fenomena yang berpunca daripada pertambahan populasi jenis alga tertentu boleh menghasilkan toksin berbahaya yang menjejaskan hidupan marin dan kesihatan manusia. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan berkata kehadiran Margalefidinium polykrikoides Cochlodium dan alga Pyrodinium bahamense dikenal pasti melalui sampel air yang diambil di beberapa lokasi sukan di sekitar Kota Kinabalu dan kawasan lain pada 16 Februari 2023. “Air pasang merah sering berlaku di perairan Pantai Barat Sabah terutamanya dari Sipitang, Kuala Penyu ke Tuaran atau Kota Belud. Kejadian air pasang merah di perairan Pantai Timur Sabah jarang berlaku dan tidak dilaporkan lebih 20 tahun,” katanya. Notis amaran itu dikeluarkan berdasarkan garis panduan dan prosedur yang ditetapkan, menunjukkan fenomena air pasang merah sedang berlaku di perairan Kota Kinabalu dan dijangka merebak ke perairan Tuaran. Kadar ketumpatan sel seliter bagi setiap sampel adalah berbeza di setiap lokasi. Ambang bahaya dipertimbangkan apabila bilangan sel melebihi 2,000 seliter untuk alga Margalefidinium polykrikoides dan 800 seliter untuk alga Pyrodinium bahamense. Jeffrey turut menjelaskan walaupun alga Margalefidinium polykrikoides tidak berbahaya kepada manusia, ia berbahaya kepada ikan, terutama yang diternak dalam sangkar. “Fenomena dengan ketumpatan sel yang tinggi boleh menyebabkan kematian ikan yang tinggi kerana ikan bernafas melalui insang, dan alga yang melekat pada insang menghalang pernafasan,” katanya. Notis amaran itu sebagai peringatan kepada penternak di kawasan Kota Kinabalu dan Tuaran supaya berwaspada dan mengelak sebarang kematian ikan yang boleh menyebabkan kerugian. Sebaliknya, alga Pyrodinium bahamense menimbulkan bahaya kepada manusia. Toksin daripada Pyrodinium bahamense boleh terkumpul dalam kerang seperti kerang, dan tiram, dan apabila dimakan oleh manusia, boleh menyebabkan Keracunan Kerang Lumpuh PSP. “Simptom PSP termasuk kesemutan, kebas, dan rasa terbakar di dalam mulut, bibir, dan lidah, diikuti dengan sakit kepala, pening, loya dan muntah. Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan lumpuh pernafasan, koma, dan juga kematian. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak memakan sebarang kerang-kerangan dari kawasan yang terjejas sehingga diberitahu kelak,” tegasnya. Bagi mengurangkan kesan air pasang merah, kerajaan negeri Sabah melalui Jabatan Perikanan telah mengambil beberapa langkah termasuk mengharamkan sementara penuaian, penjualan dan penggunaan kerang dari kawasan terjejas. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berenang di perairan sekitar Kota Kinabalu dan Tuaran sehingga diberitahu kelak. Kerajaan memantau dengan teliti keadaan dan akan memberikan maklumat terkini jika perlu. Jeffrey mengingatkan orang ramai bahawa fenomena air pasang merah adalah kejadian semula jadi yang boleh diburukkan lagi dengan faktor seperti perubahan iklim dan aktiviti manusia, seperti pencemaran dan penangkapan ikan secara berlebihan. “Adalah penting bagi orang ramai untuk mengetahui risiko yang berkaitan dengan air pasang merah dan mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu untuk melindungi kesihatan mereka dan alam sekitar. “Jabatan Perikanan akan terus memantau keadaan dengan rapi dan akan mengambil tindakan lanjut jika perlu bagi memastikan keselamatan dan kelestarian sumber makanan laut kita,” katanya. Beliau turut menggesa nelayan dan peniaga makanan laut supaya mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan pihak berkuasa dan memastikan produk mereka selamat untuk dimakan. “Kita semua mesti memainkan peranan kita untuk menjaga kesihatan dan kesejahteraan rakyat kita, dan untuk melindungi integriti rantaian bekalan makanan kita,” katanya. kdeYg.